Sabtu, 21 Feb aku ke UUM main golf. Depa organized tournament Muhibah yang mana member kena cari partner orang luar. So Sobri Don, lecturer kat sana, junior aku 2 tahun kat Mat Jiwa called dan ajak aku.
Aku dah lebih setahun tak main kat UUM. Hutan kiri kanan fairway tu menakutkan. Bila pukul tu control la. Bila control score teruk.
Tapi kat lubang 17 (lubang 8), lubang pendek. Tee off tak elok mana tapi disebabkan par 4 pendek tinggal hanya 75m saja to the pin. Aku ambil sand dan make a perfect second shot and it became a perfect result. EAGLE!
Bola tu brek dan golek masuk lubang. My first eagle since start playing golf in 2002.
Gambar tu selepas eagle. Kelam kabut keluar handphone nak capture moment.
My playing partner. Sobri Don (tengah put), Bad (blekang kiri) dan Keptan Lan.
Recent Comments