Categories

  • 12Dec

    Pada mulanya aku bercadang untuk ke Pantai Timur semasa bercuti panjang menyambut Aidil Adha. Hotel di Terengganu telah ditempah. Tapi disebabkan banjir, aku ke Cameron Highland walaupun minggu lepas aku dah ke sana melayani Thompson Trail (entahkan betul entahkan tidak si Soobeng tu).

    Pagi 4hb bertolak ke Cameron melalui Simpang Pulai, check in Equtorial, next day ke KL, singgah IKEA sebab nak tengok ada apa kat situ sebenarnya. Orang cerita dasyat sangat. Macam-macam ada bagi yang nak masuk rumah baru. Rumah lama aku tak perlukan apa-apa dari Ikea. Malam tu tidur rumah Makcik di Kampung Pandan.

    Pagi 6hb bertolak ke N9. On the way singgah Bangi, melawat member yang baru dapat baby.

    6hb hingga 9hb kat N9. Boring gila. TV – reception tak elok. Internet tak ada. Gerek tak ada. Asyik makan dan tidur.

    Selepas zohor 9hb, bertolak ke Air Itam Johor ke rumah Boss. Sebelum Magrib bertolak ke Danga Bay JB, sebab nak tunjuk Singapore dan jumpa kawan yang lebih 20tahun tak jumpa.

    Lepas pusing2 dan naik keretapi kat Danga Bay, around 12 tengahmalam, terus bertolak balik ke AS.

    9 pagi baru sampai rumah. CAPET BANGAT – cakap orang indon

    Di Danga Bay

    Posted by adi @ 9:47 am

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

*