Categories

  • 03Jan

    Keazaman untuk menghantar anak ke sekolah agama telah berkobar sekian lama. Alhamdulillah, anak yang ke dua, Danial menunjukkan minat ke arah tersebut.

    Sekolah ini lebih dikenali sebagai Muasasah Darul Ulum terletak 23km dari Alor Setar di jalan ke Kuala Nerang. Di tempat sama juga menempatkan Kolej Islam Darul Ulum.

    PMR tak ada. Form 1 sampai form 3 hanya belajar BM, English dan Maths  dan yang lainnya semua agama dan arab. Form 4 dan form 5 baru ada tambahan sejarah dan sains untuk SPM.

    Aku sentiasa berdoa kepada Allah semoga anak aku dapat menyesuaikan diri dan menjadi ustaz seperti yang diidamkan. InsyaAllah….


    Semasa mendengar taklimat

    Pasarana tidak seperti sekolah bantuan kerajaan. Asrama usang. Terpaksa menerima hakikat bahawa nak mencari ilmu agama tidak mudah.

    Makan dalam tray dah jadi kebiasaan kepada ayah dia semasa 5 tahun di Mat Jiwa.

    Posted by adi @ 1:47 pm

7 Responses

WP_Cloudy
  • sumau Says:

    oo.. alhamdullilah… baguih tu… apa yang penting…..

  • G2A Says:

    Tahniah kerana ada anak yg cenderung menuntut ilmu agama, mudah2an dia menjadi sekurang2nya seorang ulama’ di dalam keluarga pada masa akan datang.Wassalam.

  • adi Says:

    Terima kasih. Semoga generasi akan datang lebih kuat menegakkan Islam di samping menimba ilmu2 yang lain

  • fizal Says:

    alhamdulliah

    tahniah kepada keluarga hang adi

  • nur Says:

    alhamdulilah…seronok saya dgr generasi muda mdalami ilmu agama…
    sekolah ni dkt la jgk dgn umah sy…slalu sy tgk time otw nk p alor setar n blk umah..
    nk msuk blajar jgk..tpi rasa mcm dh tua ja..
    kasi can generasi muda lak.
    semoga sukses..insyaAlah…

  • norza Says:

    belajar tdak mngenal umur..tiada istilah telalu tua utk belajar..menuntut ilmu tu xkan pernah hbis shingga ke liang lahad..somoga kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan keredhaan-Nya..aminn….:)

  • mohd najmi Says:

    salam…saya nak tanya borang memohon masuk kemasukan sesi 2012 sudah keluar atau belum?bila tarikhnya?

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

*