Salam Aidil Fitri dari Pakistan

FacebookTwitterGoogle+

Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan, mountain bikers, bloggers dan semua pelawat blog ini. Semoga kemeriahan sambutan tidak melupakan kita kepada yang kurang bernasib baik. Semoga kita sentiasa mengsyukuri nikmat dan kesenangan yang dikurniakan Allah SWT.

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik R.A., pelayan Rasulullah SAW, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Renunglah hadis sahih di atas. Fikirlah masalah yang menimpa umat Islam sekarang di Malaysia dan seluruh dunia. Adakah kita ambil peduli?

Bagaimanakan Aidil Fitri bagi umat Islam yang dilanda bencana di Pakistan?
Adakah keriangan Aidil Fitri di negara bergolak Iraq dan Afganistan?
Amankah menyambut Aidil Fitri di kawasan tegang di Selatan Thailand?

Semoga kita semua dapat menyambutnya dengan penuh ketaqwaan.


Gambar banjir di Pakistan untuk renungan.

Leave a Reply