High time – sujud syukur

FacebookTwitterGoogle+

Kadang-kadang dalam hidup kita mengalami banyak masalah dan ditimpa oleh musibah. Apa yang dibuat tak menjadi. Apa yang dirancang tak terlaksana. Itu adalah low time. Kemurungan akan menyusul.

Tapi, a few weeks ni adalah high time aku. Benda-benda yang berlaku walaupun kecil boleh menjadikan keadaan lebih ceria dan manis. Tak semestinya dapat bonus baru tersenyum panjang.

Benda yang berlaku recently yang contribute kepada high time:

– Kenduri di rumah pak aku yang berjalan lancar – link
– Kejayaan anak aku dalam PMR – link
– Sakit lutut aku beransur baik
– Kereta Wira aku dah baik – minyak hitam dah tak bocor
– Basikal full service after 2 years dan brek magura dah pasang – link
– 36 ekor ayam aku dah besar dan turun dari lau
– Anak aku yang darjah 6 jadi bilal kat surau
– USD600 dalam paypal untuk shopping di ebay
– Great advanture – 6 orang dah confirm – link
– Golf – last 2 game aku score below 80
– dll

Jadi kena sujud syukur atas kurniaan Allah yang melimpah ruah.

Sujud Syukur bermaksud sujud apabila mendapat sesuatu nikmat, sesuatu yang kita hajati, mencapai kejayaan atau terhindar daripada bencana, maka sewajarnyalah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT.

Daripada Abu Bakrah bahawa Nabi Muhammad SAW apabila menerima suatu perkara yang menyenangkan atau diberi khabar gembira, segera baginda menunduk sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Taala. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Ali bin Abi Talib menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu mengenai suku Hamzan yang memeluk Islam. Baginda terus tunduk bersujud, kemudian mengangkat semula kepalanya dan bersabda : “Selamat sejahtera ke atas suku Hamzan, selamat sejahtera ke atas suku Hamzan.”

Tidak terdapat hadis yang menyatakan khafiat sujud syukur.

Bagaimanapun, dalam Fiqh Islam karangan H. Sulaiman Rasyid menyebutkan bahawa rukunnya ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram ketika turun sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam selepas kembali duduk

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya pula iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Mengenai bacaan dalam sujud ini tidak ada sumber khusus yang menjelaskannya kerana sujud syukur ini merupakan luahan rasa kesyukuran dari hati seorang hamba atas nikmat yang diberikanNya.

Wallahualam.

2 thoughts on “High time – sujud syukur

Leave a Reply