Sebelum memulakan kayuhan ke Tunnel Komunis pada 15 Nov 2008, selepas taklimat dari Uncle Ron, time nak baca doa, sorang pun tak volenteer. Aku pun tau tau lupa. Cukup memalukan. Benda yang jadi hafalan budak-budak tak dapat diingat oleh bapak budak. Aku ingat sikit-sikit dan tak confident. Nasib baik Nasir yang menyelamatkan keadaan.
Doa tu bukan susah sangat cuma tak diamalkan saja. Kalau doa yasin atau doa tahlil tu lain la.
Semoga semua dapat hafal dan download masuk dalam handphone so setiap kali ride boleh baca atau dengar.
DOA NAIK KENDERAAN
- Az Zukruf 43:13-14

Malay
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves),
And to our Lord, surely, must we turn back!”
Right Click here to download and save – Format MP3, Size 430kb, length 26sec, Bitrate 128kbps
Original link:
http://www.daawah.com/doa/AzZukruf13.html
Banyak lagi doa dalam MP3
http://www.daawah.com/doa/islamdoa.html



