Semua azam aku dah buat semasa 1 Muharram 1431 dua minggu yang lepas.
Pesanan buat rakan-rakan. Apa jua azam kita, yang paling penting ialah keazaman untuk meningkatkan iman kita. Untuk tingkatkan iman perlu perkemaskan ibadah kita. Ibadah yang paling besar yang sentiasa membayangi kita ialah solat atau sembahyang.
Bangun lambat dan terlepas subuh, itu time budak-budak. Terlepas Magrib sebab main bola, itu zaman sekolah. Terlepas zohor sebab sebok kerja, itu zaman bujang.
Jadi kalau nak buat apa-apa pun, dahulukan solat. Nak plan apa-apa, selitkan solat. Kalut macammanapun, make sure ada ruang untuk solat.
Selamat Tahun Baru 2010



