Hari ini ialah majlis penutup bagi pelajar-pelajar KAFA tahun 5. Tahun 6 dah tak ada KAFA. Nak concentrate untuk peperiksaan UPSR.
Persoalannya, adakah cukup didikan agama untuk anak-anak sehingga Tahun 5 sahaja? Cukupkah ilmu di dalam dada untuk mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan untuk menjauhi segala bentuk maksiat yang disajikan di sekeliling kita?
Semuanya terletak kepada ibubapa untuk meneruskan peningkatan ilmu agama anak-anak. Bagaimana ibubapa yang alpa? Anak-anak akan terus hilang dengan kenikmatan dunia.
Kenapa sistem pelajaran kita tidak seimbangkan pembelajaran anak-anak? Kenapa terlalu beratkan duniawi tanpa pedulikan akhirat yang hakiki?



