This site may not appear as it should in some older browsers like IE6. I tried to correct it but unsuccessful. Sorry.

Categories

MTB Event/Jamboree

Chat with Northern Riders


ShoutMix chat widget

Chat/Message to Me


ShoutMix chat widget

Hadis

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” — Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad

Visitors Statistic

Visits today: 5
Total Visits: 47953
Visitors online: 0
Since 3 Feb 2009

Referrer

  • 30Oct

    Recently I bought 2 golf iron sets from ebay. One for my friend and one for me. Titleist 690.MB Forged Irons for my friend and Mizuno MP-30 irons for me. Titleist is bought from a reputable online shop which use FEDEX to ship. Exactly 4 days the stuff arrived. Shipping cost is USD65.

    For me different story. I bought it from a guy from Hawaii with 132 100% feedback. Asked him to send by Fedex but he was quoted USD200+ for shipping, so no choice but have to send using USPS International priority. I was a bit reluctant since I have had a bad experience before – my casio protrek never reached me when I opt for the cheapest shipping option.

    So I have it shipped using USPS with insurance and also ‘return receipt’ – (return receipt is where the recepient has to sign and it will be sent to the sender as prove of receipt). Sent on 21 from Hawaii and arrived Alor Star on 26. Not bad compare with fedex or ups.

    The box travelled half way across the globe, but the content is perfect and and now I started drawing the ball.

    For your info, Pos Malaysia is USPS agent in Malaysia. The number will appear in Pos Malaysia trackking under e-Parcel.

  • 21Oct

    Saturday beach ride. Setelah tengok di google earth, nampak macam ada trek tepi pantai dari Kuala Kedah ke Jerlun, so aku organise small group untuk try test trek tu. 7.00 am berkumpul kat bus stop kat Masjid Aman. Aku, Faizal Seagate dan adik ipar dia dan Din toyota. Kayuh ke Kuala Kedah dulu then Mael join kat sana.

    Bila nampak trek teruk, Din tarik diri dan short cut balik.

    Kami berempat teruskan pejalanan lebih kurang 12KM menyusuri pantai. Ada bahagian teruk dan ada yang ok.

    Total distance dari rumah 59km. Balik terus deman. Tapi Ahad petang main golf juga sebab dah set. Masa taip ni dah kurang tapi masih berhingus.

    Klik for large image.


     

  • 16Oct

    Pada malam 14 Oct 08, aku amat malas nak kayuh, tapi Din Toyota tel dah ajak bersunguh-sungguh so bergegas aku pi ke redflag. Semalam tak hujan so harap malam ni pun tak hujan.

    12 orang semua. Senarai Artis – Jeff, Lontruth, Arm, Din Toyota, Safuan a.k.a Talas, Adi, Zalmi, Epit, Wan, Isa, Ai dan Bg. Man letrik.  Bila start angin dah kuat. 3km lepas taman melor hujan dah turun tapi masih kayuh. Then terlampau lebat sampai merbahaya, so berhenti pertama kat station minyak mini.

    Gambar ehsan dari LonTruth

    Hujan bak mutiara.

    Hentian kedua kat kedai buah.

     

  • 14Oct

    Kayuhan routine RedFlag pada malam genap iaitu malam 26 Ramadan. Total distance – 47.48km. Time taken – 2 hours and 12 minutes.

    Klik image di bawah untuk lebih besar.

  • 09Oct

    Aku mengadakan sikit open house pada hari raya kedua disebabkan tak balik ke negeri sembilan. Ini first time raya puasa tak balik N9. Bulan Ogos hari tu dah balik sebab ada kenduri, so kali ni tak balik dan mungkin balik raya haji. Nak balik selalu tak mampu sebab minyak dan tol yang habis kat jalan pun belambak.

    Mat Kedah mai bersama isteri.

    Kemudian Faizal Seagate bersama keluarga pun datang. Macam dah janji.

    Ini gambar pada raya pertama. Semua beratur nak salam dengan king of the house.

  • 07Oct

    Alhamdulillah kita hampir tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1430H. akan datang.  Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.   

    Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut.  Nabi Muhammad saw. bersabda “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh.”    

    Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.  

    Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha’ di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha’ puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?  

    Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.  

    Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah…  

    Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.   

    “Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” Amin.

   

Recent Comments

  • TQ untuk sharing. Aku bari beli satu pack prepaid dari wedoo...
  • betul tu adi... dugaan dan tentu ada hikmah dr NYA.......
  • Long MIe, dugaan di bulan puasa...
  • Berat mata memandang ... berat lagi bahu memikul ... Saya s...
  • Kak Bam, jangan peraih. Banyak lagi jamboree http://malaysi...